Bismillah & assalamualaikum
Rasanya dah lama tak menulis di ruang maya ni. Kengkangan masa bergelar student menyebabkan tidak sempat untuk menulis & kadang-kadang ketandusan idea untuk menulis disebabkan tekanan yang dihadapi. Alhamdulillah segala onak duri bergelar student telah berjaya ditempuhi walaupun mengambil masa agak lama berbanding yang sepatutnya. Sekarang hanya menunggu masa dipanggil untuk berkhidmat sebagai patologis pertuturan bahasa atau terapis pertuturan. Semoga saya dapat menjalankan amanah yang diberikan dengan baik dan dapat menggunakan ilmu yang dikurniakanNYA sebaik-baiknya untuk membantu orang yang memerlukan. InsyaALLAH majlis konveksyen saya akan berjalan pada 9hb ogos 2010 ni pada jam 1.30-5.00ptg. Kepada kawan-kawan yg berkelapangan boleh lah datang.
Buat masa sekarang hanya duduk kat rumah doing all housework, taking care of my nieces and nephews. Menjadi suri rumah bukanlah perkara yang mudah, ia mencabar ketahanan mental dan fizikal. Yelah perlu bersabar dengan kerenah adik-adik dan anak-anak buah yang suka buat perangai dan buat sepah. Semoga diberikan kesabaran yang lebih untuk menghadapi dugaan ni. As at the moment dah mendapat gelaran mak cik yang paling garang kat rumah ni.
Buat masa sekarang bercadang untuk menulis perihal-perihal masalah-masalah atau kecelaruan pertuturan & bahasa (speech & language disorders) ke dalam bahasa melayu di dalam blog ini supaya boleh dijadikan panduan serta langkah-langkah kesedaran kepada orang ramai mengenai masalah ini. Semoga diberikan kelapangan masa, kekuatan & kesihatan fizikal untuk melalukannya. InsyaALLAH.
No comments:
Post a Comment